Thursday, April 23, 2009

Black bass from Kuala Meruap




Hasil pancing dari Sungai Kapur, Kuala Meruap, Sandakan, Sabah. Saya bersama pemancing - pemancing amatur Malaysia sememang mencari tapak persembunyian ikan ini klu orang kampung panggil Black Bass klu orang putih pula panggil Tembaring ( ikan Kanai panggilan bagi penduduk meruap) bagi peminat atau pemburu spesis ini pastinya akan membuang banyak masa jika tidak kenal dengan profile spesis ini. Spesis Black bass ini hanya akan di jumpai di kawasan - kawasan tertentu di Sabah dan saiz yang pernah saya jumpai adalah seberat 25 kg (2007) dan ada juga orang tempat menaikan ikan seberat kurang /lebih 50 kilo dengan menggunakan kaedah rawai dengan menggunakan umpan ikan lais, sumpit dan belanak. Bagi yang pernah menaikan Black bass adalah JACKPOT seumur hidup. Sebab kemungkinan masa akan datang kita tidak akan menjumpai spesis ini kerana perubahan muka bumi dan arus kemodenan akan menjejaskan habitat dan rantai makanan ikan ini. Penggunaan racun rumput dan kumbahan kilang semuanya akan mengalir ke sungai apabila hujan turun dan menyebabkan makan utama Black bass seperti spesis ikan kecil, udang dan ketam akan lari ke laut. itu pun klu selamat? Ini adalah ekoran pendapat dan rintihan dari nelayan kecil di perairan berkenaan yang dulu mempunyai hasil yang lumayan dari hasil sungai dan kuala - kuala berdekatan. Dan semenjak kemunculan ladang - ladang perindustrian / persendrian. Kebelakangan ini habitat Black bass semakin berkurangan dan pendapat harian seperti udang semakin berkurangan, ini kerana udang tidak berani masuk muara cuma bermain di perairan persisiran pantai sahaja. kejadian ini bermula dari tahun 2005 dan sehingga kini semakin jauh terjejas. Walaupun spesis ini menetap dikawasan HUTAN SIMPAN tapi klu dah tak ada makan takkan nak makan daun bakau kot. Anda fikirlah sendiri.